UNITS

 

Picture2

UNIT-UNIT DI RIMC

1. UNIT PENTADBIRAN ( ADMINISTRATION UNIT ) BERFUNGSI :

  • Menguruskan hal ehwal kewangan jabatan.
  • Menguruskan hal ehwal perjawatan, lantikan, cuti dan tatatertib.
  • Menguruskan aset, dan inventori jabatan.
  • Membantu urus pengurusan kewangan penyelidikan.
  • Membantu urus perolehan aset, inventori dan semua tuntutan penyelidikan.

2. UNIT PENYELIDIKAN (RESEARCH UNIT) BERFUNGSI :

  • Menyelaras aktiviti penyelidikan, persidangan dan di Universiti Utara Malaysia.
  • Menyelaras/membina pangkalan data secara sistematik mengenai penyelidikan di UUM dan peringkat antarabangsa untuk memudahkan penyelidik membuat rujukan dan semakan.
  • Mengendalikan seminar/bengkel/ceramah tentang penyelidikan yang berkaitan dengan kepentingan Universiti.
  • Menyebarkan peluang-peluang penyelidikan. 
  • Menentukan bidang tujahan penyelidikan dan kepakaran yang ada di UUM sesuai untuk keperluan negara.
  • Memantau kemajuan penyelidikan.

 3. UNIT PENERBITAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PUBLICATION UNIT) BERFUNGSI :

  • Mengurus perkembangan penerbitan di kalangan staf akademik UUM khususnya yang berkaitan dengan penyebaran hasil penyelidikan.
  • Menjalankan aktiviti meningkatkan kesedaran dan budaya penulisan di kalangan staf akademik.
  • Menjalankan aktiviti meningkatkan kemahiran penulisan dan penerbitan
  • Menjadi urusetia untuk skim-skim insentif penerbitan.
  • Mentadbir urus statistik berkaitan penerbitan di kalangan staf akademik untuk dilaporkan kepada pengurusan Universiti.

 4. UNIT TUGAS-TUGAS KHAS (SPECIAL TASK UNIT) BERFUNGSI :

  • Menyelaras aktiviti inovasi dan pra-pengkomersialan Universiti Utara Malaysia seperti pameran dan pertandingan, perkongsian bestari, promosi R&D dan lain-lain
  • Menyelaras proses pendokumentasian bagi perlindungan harta intelek (IP) warga Universiti seperti enjin pencarian IP  dan pendaftaran IPR di MyIPO
  • Menjadi unit sekretariat pengumpulan data untuk tujuan penilaian universiti mengikut format pelaporan MyMohes, MyRA dan Pelan Strategik.
  • Mendokong agenda-agenda khas universiti contohnya dalam agenda Universiti Penyelidikan (RU). 

 

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june