PLAN OUT OF THE BOX – PROF. DR. NOOR AZIZI

outtheboxTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail meminta supaya semua staf RIMC perlu plan out of the box bagi aktiviti yang melibatkan penyelidikan dan penerbitan di Universiti ini.

Ini adalah perlu bagi memastikan UUM mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Bersama dengan staf RIMC di EDC Hotels and Resorts baru-baru ini.

Prof. Dr. Noor Azizi juga mahu supaya pihak RIMC bekerjasama  dengan Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) serta Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) dalam menguruskan penyelidikan dan gabungan ketiga-tiga Pusat Tanggungjawab ini akan melengkapkan ekosistem penyelidikan.

“Terima kasih kepada Team RIMC yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Azizuddin - You have done a very good job”, kata beliau yang memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selama 23 bulan di UUM bermula 1 Ogos 2015.

Sementara itu, Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Noor Azizi yang akan bertugas di Kementerian Pendidikan Tinggi bermula Julai ini.

“Keintiman dan kerja kuat di RIMC bersama dengan Prof. Dr. Noor Azizi dapat saya rasai selama enam bulan sebagai Pengarah dan terima kasih atas tunjuk ajar, idea dan sokongan yang diberikan”, tambahnya lagi.

Majlis Berbuka Puasa tersebut turut dihadiri oleh Pengarah ICC, Prof. Madya Dr. Razamin Ramli, semua Timbalan Pengarah dan staf RIMC.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june