NAIB CANSELOR GESA TINGKATKAN JUMLAH PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

prgsfrgs2017

UUM ONLINE:“Jumlah penyelidikan dan penerbitan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang masih sangat rendah perlu ditingkatkan walaupun pelbagai insentif telah diberikan, namun jumlah penyelidikan dan penerbitan yang dihasilkan masih sangat rendah berbanding bilangan pensyarah UUM yang seramai 1,119 orang,” kata Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Menurutnya, pada tahun lalu hanya 248 penyelidikan dihasilkan oleh 613 penyelidik ataupun 54.78%, manakala penerbitan pula hanya 67 orang pensyarah ataupun 6% yang menulis, di mana sebanyak 754 jurnal artikel telah diterbitkan.

Tegasnya, hal itu berlaku kerana budaya akademik dan kesarjanaan masih belum kukuh. Kecintaan terhadap penyelidikan dan penerbitan di universiti juga masih belum menjadi satu norma.

"Inilah cabaran besar yang harus kita atasi, justeru ahli akademik perlu membudayakan dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain daripada usaha memperteguhkan aktiviti penyelidikan dan inovasi sejajar dengan aspirasi yang ditetapkan dalam teras ketiga Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).

“Setiap ahli akademik perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu artikel setiap tahun bagi meningkatkan lagi jumlah penerbitan di UUM,” ujarnya.

Naib Canselor berkata demikian pada Majlis Penghargaan Kepada Penerima Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) dan Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) FASA 1/2017 di EDC-Hotels & Resorts, semalam.

Pada majlis itu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada 29 penyelidik yang telah berjaya memperoleh geran PGRS dan FRGS.

Daripada jumlah itu seramai 28 orang penyelidik menerima geran FRGS dengan jumlah dana keseluruhan berjumlah RM 1,574,831.40 dan seorang penyelidik menerima geran PRGS berjumlah RM32,860.

Hadir sama Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof Dr Huda Hj Ibrahim, Pengarah Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan pegawai-pegawai UUM.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june