TERIMA KASIH PROF. MALEK

profmalek

Sebagai menghargai jasa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim sepanjang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selama enam bulan, satu majlis meraikan beliau diadakan baru-baru ini.

Majlis anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) yang diadakan di bilik mesyuarat Jabatan itu dihadiri oleh Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan semua staf.

Prof. Dr. Abdul Malek yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2017 dalam ucapannya berkata, beliau mendapat kerjasama yang baik dari semua staf RIMC dan dapat bekerja dalam satu pasukan bagi menjayakan agenda Universiti.

Manakala Prof. Dr. Mohd Azizuddin pula menzahirkan ucapan terima kasih sepanjang tempoh tersebut kerana Prof. Dr. Abdul Malek memberi sokongan kepada beliau selaku Pengarah RIMC.

Tanggungjawab Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah diambil alih oleh Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad bermula 1 Januari 2018.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june