CoE FORMS THE BACKBONE OF UUM RESEARCH AND DEVELOPMENT

jkcoe

UUM ONLINE: The Vice-Chancellor, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak chaired the CoE Strategic Development and Achievement Committee Meeting (CoECM) No.1 / 2018 at the Senate Meeting Room, Chancellery this morning.

The meeting which involved all UUM heads of Centres of Excellence (CoEs) was aimed at monitoring the progress of all CoEs.

The Vice-Chancellor in his welcoming remarks said that the CoEs at UUM had yet to successfully stand out as a CoE which could be proud of whether at UUM level, the nation or internationally.

"Hence, the CoEs at UUM need to learn from the other CoEs in Malaysia that have been elevated to become the Higher Education Centre of Excellence (HiCOE) and CoE for the region that are excellent and have become point of reference to various parties such as the Institute of Southeast Asian Studies, a Singapore-based research institute ," he said.

At the meeting, RIMC presented the overall achievement of all CoEs at UUM. Apart from that, two selected CoEs also presented their respective achievements.

CoE TULANG BELAKANG PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN UUM

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Strategik Dan Pencapaian CoE (JKCoE) Bil.1/2018 di Bilik Mesyuarat Senat, Canselori pagi tadi.

Mesyuarat ini melibatkan semua ketua-ketua pusat kecemerlangan (CoE) UUM bagi memantau kemajuan semua CoE berkenaan.

Naib Canselor dalam ucapan aluannya berkata, CoE di UUM masih belum berjaya menonjolkan dirinya sebagai sebuah CoE yang boleh dibanggakan sama ada di peringkat UUM, kebangsaan apatah lagi di peringkat antarabangsa.

"Justeru CoE di UUM perlu mempelajari daripada CoE lain yang ada di Malaysia ini yang telah diangkat menjadi Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HiCOE) dan CoE serantau yang cemerlang dan menjadi rujukan pelbagai pihak misalnya Institute of Southeast Asian Studies, sebuah institut penyelidikan yang berpangkalan di Singapura," ujarnya.

Pada mesyuarat itu, RIMC telah membentangkan pencapaian keseluruhan kesemua CoE di UUM. Selain itu, dua buah CoE yang terpilih juga telah membuat pembentangan mengenai pencapaian CoE masing-masing.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june