60 ORANG PESERTA BERMINAT MENGHASILKAN PROPOSAL LRGS & TRGS BAGI FASA PENAWARAN 1/2018

lrgstrgs2018

RIMC telah berjaya menarik seramai 60 peserta dalam menjayakan Bengkel Penjanaan Proposal LRGS & TRGS Peringkat Universiti bagi Fasa Penawaran 1/2018 yang telah berlangsung di Dewan Sri Angsana 1, EDC-UUM pada 14 Februari 2018 (Rabu) yang lalu. Peserta adalah terdiri daripada wakil-wakil Pusat Kecemerlangan (CoE) Universiti dan lima orang panel yang terdiri daripada ketua program, ketua projek dan ahli-ahli projek Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Universiti Utara Malaysia (UUM). TRGS melibatkan penyelidikan berasaskan projek berbentuk fundamental merentasi bidang daripada institusi yang sama dalam tempoh 3 tahun manakala LRGS melibatkan penyelidikan berasaskan program multi-institusi dalam tempoh 5 tahun di mana kedua-duanya berbentuk multi/trans disciplinary.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan serta garis panduan kepada penyelidik bagi menghasilkan proposal dan kertas konsep Skim LRGS dan TRGS oleh panel-panel berpengalaman. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan propses permohonan geran secara atas talian melalui Sistem MyGrants yang dibangunkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Panel jemputan yang telah menjayakan program ini terdiri daripada Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin (Ketua Projek LRGS 1/2013), Prof. Madya Dr. Hassan Abu Bakar (Ketua Program TRGS 1/2015), Prof. Madya Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin, Dr. Hasbullah Omar dan Dr. Norliza Katuk selaku ahil-ahli projek penyelidikan LRGS dan TRGS tahun 2013-2015. Di samping itu, peserta juga berpeluang mendengar taklimat berkenaan kaedah memohon dana-dana terlibat melalui Sistem MyGrants dengan adanya sesi penerangan dan soal jawab oleh wakil RIMC, Encik Abdul Rais Mohamad Mokhtar, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan.

Hasil daripada bengkel ini, diharapkan peserta lebih memahami kaedah sebenar untuk permohonan penyelidikan ini serta membantu mereka untuk  menghasilkan proposal yang berkualiti dan memenuhi syarat serta piawaian yang ditetapkan oleh KPT sebelum dikemukakan kepada urus setia BPKI KPT.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june