ISSC’18 OFFERS GREAT POTENTIALS TO FURTHER REINFORCE THE MANAGEMENT FIELD

issc2018

UUM ONLINE: Sarawak - Highlighting the theme - Softening the Hard Science over the Soft Science, the 5th International Soft Science Conference 2018 (ISSC’18) validated the commitment of Universiti Utara Malaysia (UUM) as the Eminent Management University to further strengthen the research and innovation areas with the intent to maintain the equilibrium between the social development process of the people and the surrounding communities.

The three-day conference which commenced on 25 to 27 September 2018 brought together more than 200 local and international academics, researchers and industry players to discuss and share their ideas and researches to further strengthen the field of management locally and internationally.

ISSC'18 was officially launched by the Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad at the Waterfront Hotel, Kuching.

According to Prof. Dr. Ayoib, UUM devotes much attention on research and innovation especially in the field of management or soft science and the conference is a brilliant initiative to promote and bring more local researches to the international level.

"We obtained more than MYR100, 000,000 research and consulting grants and more than 7000 publications in management and business management over the past five years. Thus, UUM looks forward to see an increase in the number of research products and research publications.

"High quality research papers will be indexed by Scopus or WoS and this will indirectly help to improve the ranking of the university as well as the researchers’ personal publication index," said Prof. Dr. Ayoib. He also presented the award for the Best Paper during the event.

Meanwhile, the Director of ISSC'18, who is also the Deputy Director (Research Publication) at the RIMC (Research and Innovation Management Centre), Assoc. Prof. Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi said, the success of ISSC'16 which was held in 2016 has encouraged ISSC'18 to continue the mission to present a valuable platform for the presenters and participants to exchange ideas and become involved in exploring current issues related to the theme of the fifth edition of the conference.

A total of 185 papers from local and international participants were published and presented during the conference.

He added that, the RIMC was very pleased to receive the sponsorship from the Sarawak Convention Bureau, the Inland Revenue Board of Malaysia (LHDN) and KPJ Healthcare Berhad.

Dr. Jason Lim, a participant from Universiti Malaysia Sarawak said, he was certainly elated that his research paper was selected to receive the Best Paper Award.

Two other Best Paper Award recipients were Yuhaniz Ahmad and Assoc. Prof. Dr. Mukaramah Harun from the School of Quantitative Sciences and the School of Economics, Finance and Banking, respectively.

The keynote addresses were presented by the Director of the Institute of Ethnic Studies, Distinguished Professor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin and Emeritus Professor Dr. Ranjit Singh Darshan Singh from the School of International Studies, UUM.

_____________________________________________________________________________________________________________

ISSC’18 PLATFORM MEMPERKUKUHKAN BIDANG PENGURUSAN SECARA GLOBAL

UUM ONLINE: Sarawak - Mengangkat tema Softening the Hard Science Over the Soft Science, The 5th International Soft Science Conference 2018 (ISSC’18) memperlihatkan komitmen Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka terhadap aspek penyelidikan dan inovasi, terutamanya dalam mengimbangi proses pembangunan sosial dan manusia selaras dengan komuniti sekitar.

Persidangan selama tiga hari bermula 25 sehingga 27 September itu menghimpunkan lebih 200 ahli akademik dari dalam dan luar negara, penyelidik dan penggiat industri bagi membincangkan dan berkongsi idea dan penyelidikan mereka untuk mengukuhkan bidang pengurusan di dalam negara dan secara global.

Majlis perasmian ISSC’18 anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad di Hotel Waterfront Kuching.

Menurutnya, UUM sangat menitikberatkan aspek penyelidikan dan inovasi khususnya dalam bidang pengurusan atau sains lembut (soft science) dan persidangan itu merupakan satu inisiatif yang bijak dalam menggalakkan penyelidikan tempatan dan pembangunan di peringkat antarabangsa.

"Kita telah memperoleh lebih RM100,000,000 geran penyelidikan dan perundingan dan lebih daripada 7000 penerbitan dalam bidang pengurusan dan pengurusan perniagaan sejak lima tahun yang lalu, justeru UUM berharap dapat meningkatkan bilangan produk penyelidikan dan penerbitan penyelidikan.

“Kertas kerja berkualiti tinggi tersebut akan diindeks oleh Scopus atau WoS yang secara tidak langsung juga akan membantu meningkatkan ranking universiti penyelidik terlibat dan juga kepada indeks penerbitan peribadi mereka,” katanya yang turut menyampaikan Anugerah Kertas Kerja Terbaik pada majlis tersebut.

Sementara itu, Pengarah ISSC’18 yang merupakan Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) di RIMC, Prof Madya Sr Dr Mohd Nasrun Mohd Nawi berkata, rentetan kejayaan ISSC’16 yang diadakan pada tahun 2016 telah mendorong ISSC’18 diteruskan sebagai platform yang bernilai untuk para pembentang dan peserta untuk bertukar idea dan bersama-sama terlibat dalam menerokai isu-isu semasa bersesuaian dengan tema persidangan edisi kali kelima itu.

Menurutnya, sebanyak 185 kertas kerja diterima pihaknya untuk diterbitkan dan dibentangkan sepanjang persidangan berlangsung melibatkan pembentang tempatan dan antarabangsa.

Katanya lagi, pihak RIMC sangat berbesar hati menerima tajaan daripada Biro Konvensyen Sarawak, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan KPJ Healthcare Berhad dalam menjayakan ISSC’18.

Peserta, Dr Jason Lim dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, beliau gembira apabila kertas kerjanya terpilih menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik dan berharap ISSC dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Dua lagi penerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik ialah penulis utama iaitu Yuhaniz Ahmad dan Prof Madya Dr Mukaramah Harun masing-masing dari Pusat Pengajian Sains dan Kuantitatif dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan.

Hadir sama menyampaikan ucap tama ialah Pengarah Institut Kajian Etnik, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Prof Emeritus Dr Ranjit Singh Darshan Singh dari Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM yang turut membincangkan isu-isu pembangunan dalam masyarakat.

Berita & gambar oleh RIMC

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june