TWO UUM LECTURERS EXCELLED AT MALAYSIA'S RESEARCH STAR AWARD 2018

mrsa2018

UUM ONLINE: Sepang - Two Universiti Utara Malaysia (UUM) lecturers proved their excellence when they received awards at the Malaysia's Research Star Award (MRSA) and CREAM Journal Recognition 2018 at Sama-Sama Hotel, recently.

Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki, a Professor at Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) and Dr. Mohammad Azam Hussain, the Head of Department at the School of Law received the Prominent Topics in Research Award and the High Impact Paper - Social Sciences Award respectively.

Prof. Ts. Dr Norazah said the award was an acknowledgment of her performance and contribution in research that is related to Behaviour, Recycling and Green Purchase.

According to her, the award was the result of a prominent and significant research evaluation at international level. “Consumer Environmental Concern and Green Product Purchase in Malaysia: Structural Effects of Consumption Values” published in the Journal of Cleaner Production (5.651) and “Modeling the Determinants of Consumers' Attitudes toward Online Group Buying: Do Risks and Trusts Matters?” published in the Journal of Retailing and Consumer Services (Impact Factor = 2.919) were amongst her research topics.

Prof. Ts. Dr. Norazah has published more than 300 papers in referenced journals, chapters in books, books and conference papers detailing research activities, as well as coordinating and participating in research projects.

She is also an editor of the SCOPUS indexed book, besides recording SCOPUS h-index of 16.

Meanwhile, Dr. Mohammad Azam said the achievement was indeed an acknowledgement for all the extensive research and publication activities he had carried out in the areas of Islamic law and banking law in particular.

"With the recognition that I have received today, I hope to produce more high impact research and get published in the indexed journals," said the lecturer who has more than 70 publications in the form of journal articles, proceedings, books and chapters in book under his belt.

The MRSA Award is presented to local researchers as recognition and appreciation of their success in producing high-quality research and publications that have been successfully published and indexed into leading international database.

MRSA is recognition awarded by two prestigious indexing agencies, Clarivate Analytics and Elsevier. The evaluation involved nine (9) categories, Frontier Researcher, Hot Review Paper, Top Peer Reviewer, Research and Innovation Excellence, Highly Cited Reseacher 2017, International Research Collaboration and Young Researcher apart from Prominent Topics in Research and High Impact Paper.

The awards were presented by the Secretary-General of the Ministry of Education, Dato' Mohd Ghazali Abas who represented the Malaysian Education Minister.

_________________________________________________________________________________________

DUA PENSYARAH UUM CEMERLANG DI MALAYSIA'S RESEARCH STAR AWARD 2018

UUM ONLINE: Sepang - Dua pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mempamerkan kecemerlangan apabila menerima anugerah pada Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Jurnal CREAM 2018 di Sama-Sama Hotel, baru-baru ini.

Dua pensyarah berkenaan, Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki, Profesor di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) dan Dr Mohammad Azam Hussain, Ketua Jabatan Pusat Pengajian Undang-undang, masing-masing menerima Anugerah Prominent Topics in Research dan Anugerah High Impact Paper – Social Sciences.

Prof. Ts. Dr Norazah berkata, anugerah itu adalah sebagai satu pengiktirafan terhadap prestasi dan sumbangan beliau dalam bidang penyelidikan berkaitan Tingkah laku, Kitar Semula dan Pembelian Hijau.

Menurutnya, anugerah tersebut adalah penilaian kepada hasil penyelidikan yang prominen dan signifikan di peringkat antarabangsa. Antara topik penyelidikannya termasuk ‘Consumer Environmental Concern and Green Product Purchase in Malaysia: Structural Effects of Consumption Values’ yang diterbitkan dalam Journal of Cleaner Production (Impact Factor = 5.651) dan juga menerusi topik penyelidikan seperti ‘Modeling the Determinants of Consumers' Attitudes toward Online Group Buying: Do Risks and Trusts Matters?’ yang diterbitkan dalam Journal of Retailing and Consumer Services (Impact Factor = 2.919).

Prof. Ts. Dr. Norazah telah menerbitkan lebih daripada 300 kertas kerja dalam jurnal yang dirujuk, bab di dalam buku, buku dan kertas persidangan yang memperincikan aktiviti penyelidikan, di samping menyelaraskan dan mengambil bahagian dalam beberapa projek penyelidikan.

Beliau juga merupakan editor buku yang diindeks SCOPUS, selain mencatatkan SCOPUS h-index sebanyak 16.

Sementara itu, Dr Mohammad Azam berkata, pencapaian itu adalah satu pengiktirafan kepadanya yang banyak menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam bidang undang-undang Islam amnya dan undang-undang perbankan khususnya.

"Penerbitan yang dihasilkan ini bukan sekadar di peringkat kebangsaan, malah turut diterbitkan di peringkat antarabangsa terutamanya jurnal-jurnal berindeks.

"Dengan pengiktirafan diterima ini, saya berharap dapat menghasilkan lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi dan diterbitkan dalam jurnal berindeks itu," katanya yang telah membuat penerbitan melebihi 70 penerbitan dalam bentuk artikel jurnal, prosiding, buku dan bab di dalam buku.

Anugerah MRSA ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada penyelidik tempatan hasil kejayaan penghasilan penyelidikan dan penulisan ilmiah berkualiti yang berjaya diterbitkan serta diindeks ke dalam pangkalan data antarabangsa terkemuka.

MRSA merupakan pengiktirafan oleh dua agensi pengindeksan berprestij iaitu Clarivate Analytics and Elsevier yang melibatkan sembilan (9) kategori iaitu Frontier Researcher, Hot Review Paper, Top Peer Reviewer, Research and Innovation Excellence, Highly Cited Reseacher 2017, International Research Collaboration dan Young Researcher, selain Prominent Topics in Research dan High Impact Paper.

Anugerah tersebut telah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Mohd Ghazali Abas yang mewakili Menteri Pendidikan Malaysia.

Sumber berita : UKK UUM

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june