MEMBERS OF THE ACADEMIA MUST SHARE THEIR EXPERTISE TO BRING THE UNIVERSITY TO GREATER HEIGHTS

lpucoe

UUM ONLINE: The Chairman of the University Board of Directors (LPU), Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron urged all academicians to be totally committed and dedicated for the progress of the university as the task and responsibility of enhancing the name of the university rest on their shoulders.

"I want to see Universiti Utara Malaysia (UUM) continues to move forward in keeping with its intent to become the "Harvard of the East."

"For this reason, members of the academia must contribute to the university based on their own expertise to further improve the university’s name.

"Thus, I hope that we can produce more experts through the centers of excellence or schools and generate wealth through researches, publications, consultations and many more, said Prof. Dato’ Dr. Sudin in a meeting with the Deans, Directors of the Center of Excellence (S-CoE) at the Senate Meeting Room. The event was organised by the Research and Innovation Management Center (RIMC).

"As the Chairman of the LPU, the members of the board and I will continue to offer our support to ensure that UUM will achieve and sustain its excellence," added Prof. Dato’ Dr. Sudin.

Also present at the event were the Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad and the Director of RIMC, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd Sani.

________________________________________________________________________________________________________________________________

AHLI AKADEMIK PERLU SUMBANG KEPAKARAN UNTUK NAIKKAN NAMA UNIVERSITI

UUM ONLINE: Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron mahu ahli akademik memberi dedikasi sepenuhnya untuk pembangunan dan kemajuan universiti kerana tugas dan tanggungjawab menaikkan nama universiti terletak di bahu mereka.

"Saya ingin melihat Universiti Utara Malaysia (UUM) terus maju ke hadapan selaras dengan hasratnya untuk menjadi "Harvard of the East."

"Untuk tujuan ini, ahli akademik harus menyumbang kepada universiti berasaskan bidang kepakaran yang dimiliki masing-masing untuk membantu menaikkan nama UUM.

"Justeru saya amat berharap kita dapat membina lebih banyak kepakaran melalui pusat-pusat kecemerlangan atau pusat-pusat pengajian dan menjana kekayaan melalui penyelidikan, penerbitan, perundingan dan sebagainya supaya bila disebut sahaja UUM orang akan tahu kepakaran-kepakaran yang kita miliki," ujarnya pada sesi Perjumpaan Bersama Dekan dan Pengarah Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian (S-CoE) di Bilik Senat anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC).

Tambah Prof. Dato’ Dr. Sudin, pusat-pusat kecemerlangan juga perlu menjadi pelopor kepada perkara-perkara baharu.

"Selain itu pusat-pusat kecemerlangan dan pusat-pusat pengajian juga harus menyokong usaha yang dilakukan pihak pengurusan kerana suatu hari nanti anda mungkin akan berada di dalam pengurusan.

"Saya sebagai Pengerusi LPU dan rakan-rakan di dalam lembaga pengarah akan terus memberi sokongan untuk kemajuan dan pembangunan UUM," jelasnya.

Sesi perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad dan Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd Sani.

Sumber berita : UKK UUM ll 25 November 2018

 

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june