EXTERNAL GRANTS

Bil

Jenis Geran

Maklumat ringkas Geran

Kelayakan

Jumlah Peruntukan

Tempoh Penyelidikan

1

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) – Kementerian Pengajian Tinggi

Permohonan online

Geran ini adalah untuk membiayai penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu dalam bidang-bidang asas yang dapat menyokong agenda strategik negara.

Objektif Geran FRGS ialah untuk menggalakkan dan menekankan kepentingan penyelidikan fundamental di Institusi Pengajian Tinggi.  Geran ini juga bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan meningkatkan kerjasama antara kumpulan penyelidikan dalam bidang keutamaan di negara ini.

Kakitangan akademik di IPTA, IPTS dan Universiti Cawangan Penyelidik tetap di Institut Penyelidikan di bawah MOSTI

FRGS (Single disciplinary project)

Siling peruntukan adalah RM150,000 sepanjang tempoh penyelidikan.

FRGS (Trans disciplinary program)

Siling peruntukan adalah RM450,000 sepanjang tempoh penyelidikan.

Maksimum 36 bulan

2

Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) -Kementerian Pengajian Tinggi

Geran ini adalah untuk membiayai penyelidikan eksploratori yang boleh menjawab persoalan tentang “apa” dan “di mana”. Penyelidikan eksploratori dapat menjana idea baru dalam sesuatu domain ilmu yang belum diteroka sepenuhnya bertujuan untuk mencari sesuatu yang baru dan menyingkap rahsia yang terkandung dalam domain ilmu tersebut.  Di samping membantu ke arah penjanaan disiplin baru, penyelidikan eksploratori juga dapat mengenalpasti masalah yang berkaitan dalam bidang-bidang penyelidikan tertentu.

Penyelidikan ini bertujuan untuk menggalakkan inquisitive minds, meneroka idea dan konsep baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu.

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik IPTA dan IPTS dengan syarat-syarat berikut:-

i. Warganegara Malaysia; dan

ii. Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau

iii. Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap.

iv. Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap.

Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM300,000.00

Maksimum 3 tahun

3

Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) - Kementerian Pengajian Tinggi

Geran LRGS adalah untuk membiayai penyelidikan fundamental yang melibatkan skop lebih ekstensif dan tempoh masa yang panjang serta memerlukan komitmen yang tinggi.

LRGS boleh menghasilkan teori dan idea baru yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk perluasan sempadan ilmu

i. Penyelidikan terbuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Cawangan.

ii. Projek mestilah melibatkan pelbagai institusi dengan minimum 3 institusi.

iii. Projek mestilah bersifat multi disiplin, melibatkan korpus ilmu sains & teknologi dan sains social & kemanusiaan.

iv. Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan (RM 3 juta setahun).

v. Hanya warganegara Malaysia boleh menerajui program LRGS.

vi. Setiap individu hanya dibenarkan mengetuai satu program LRGS.

vii. Kakitangan akademik tetap (Profesor dan Profesor Madya).

viii. Bagi kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara bertaraf tetap.

Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan (RM 3 juta setahun).

Tempoh Penyelidikan projek atas ke bawah dan projek bawah ke atas adalah 3 hingga 5 tahun.

4

Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) - Kementerian Pengajian Tinggi

Geran ini adalah untuk membiayai pembangunan prototaip untuk merapatkan jurang di antara penemuan makmal/penyelidikan sehingga sebelum pra-pengkomersilan.

Ini termasuk pembuktian konsep (proof of concept), penilaian (evaluation), skala naik (up-scaling), ujian pra-klinikal (pre-clinical testing) dan ujian lapangan (field testing).

PRGS juga bertujuan untuk penciptaan teknologi/penemuan baru selaras dengan keperluan K-ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Skim ini terbuka kepada kakitangan akademik IPT dengan syarat-syarat berikut:-

(i)           Warganegara Malaysia.

(ii)          Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah

(iii)         Bagi kakitangan bertaraf kontrak, termasuk bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidikbersama warganegara Malaysia yang bertaraf tetap

Vot 11000

Upah dan Elaun untuk Pegawai/Pembantu Penyelidik (RO/RA)

Vot 21000

Perjalanan dan Pengangkutan

Vot 24000

Sewaan

Vot 27000

Bekalan dan Bahan Penyelidikan

Vot 28000

Baik pulih kecil dan ubahsuai

Vot 29000

Perkhidmatan Ikhtisas

Vot 35000

Aksesori dan Peralatan

Maksimum 2 tahun

5

Geran Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS ) - Kementerian Pengajian Tinggi

Dana RAGS ialah dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik muda di IPTA bukan RU sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di IPTA bukan RU:-

      i)      Mempunyai pengalaman sebagai ahli akademik tidak melebihi 5 tahun DAN gred 52 dan ke bawah

      ii)     Mestilah Warganegara Malaysia

      iii)    Pensyarah tetap di IPTA

Siling peruntukan RM50,000

1 - 2 tahun sahaja

6

Geran Research Acculturation Collaborative Effort (RACE) - Kementerian Pengajian Tinggi

RACE merupakan inisiatif baru Kementerian untuk membantu bukan Universiti Penyelidikan (Non-RU) meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan output hasil penyelidikan. Usaha ini dirasakan dapat mempercepatkan Non-RU untuk mencapai tahap setanding dengan RU yang lain.

Dana ini terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukan Universiti Penyelidikan (RU) dengan syarat-syarat berikut:- 

i. Warganegara Malaysia;

ii. Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau

iii. Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap.

Vote 11000

Upah dan Elaun untuk Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)

Vote 21000

Perjalanan dan Pengangkutan

Vote 24000

Sewaan

Vote 27000

Bekalan dan Bahan Penyelidikan

Vote 28000

Baik pulih kecil dan ubahsuai

Vote 29000

Perkhidmatan Ikhtisas

Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis

Vote 35000 Aksesori dan Peralatan

penyelidikan adalah satu (1) hingga tiga (3) tahun

7

Geran Program Perpindahan Ilmu (KTP) – Kementerian Pengajian Tinggi

Tujuan skim geran ini adalah bagaimana UUM dapat membantu dalam menyampaikan dan memindahkan ilmu yang dijana di UUM untuk industri.  Pengetahuan yang akan dipindahkan harus didasarkan pada asas tertentu yang harus ditentukan.

Warganegara Malaysia; dan

Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau

Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai ahli bersama bertaraf tetap.

Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai ahli bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap.

Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan (RM 200,000.00)

Tempoh program mestilah tidak melebihi 2 tahun.

Tempoh minimum ialah 1 tahun.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june