FAQs
Unit Penyelidikan
Soalan 1 : Geran apakah yang sesuai dipohon oleh ahli akademik yang berstatus tetap?
Bagi Geran Luaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan kepada semua kakitangan akademik Universiti berstatus tetap melalui sistem online (MyGrants) bagi geran-geran berikut (tertakluk kepada makluman penawaran geran dari KPM dan university yang mana berkaitan) :
- Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
- Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)
- Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) – Profesor dan Profesor Madya sahaja
- Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) - Profesor dan Profesor Madya sahaja
- Kajian Kes (IMBRe)
- Lain-lain geran dalaman (contohnya geran penjanaan, geran khas) mengikut kelulusan penawaran
Soalan 2 : Geran apakah yang sesuai dipohon oleh ahli akademik tetap untuk tujuan pengesahan di dalam jawatan?
Untuk tujuan pengesahan jawatan seseorang ahli akademik diperlukan untuk menjadi menjadi ketua kepada sekurang-kurangnya satu (1) geran penyelidikan atau menjadi ahli kepada mana-mana dua (2) geran penyelidikan. Geran Kolej adalah merupakan satu geran yang diberikan untuk tujuan pengesahan jawatan.
Soalan 3 : Apakah geran yang bersesuaian bagi ahli akademik berstatus kontrak bagi geran luaran dan dalaman? (juga tertakluk kepada makluman penawaran oleh pihak universiti dan KPM)
Bagi geran luaran ahli akademik yang berstatus kontrak boleh memohon geran KPM Skim Geran FRGS, PRGS dan TRGS geran dalaman pula ialah Geran Universiti dan Kajian Kes (IMBRe) dengan syarat mempunyai ahli berjawatan tetap.
Soalan 4: Adakah ahli Akademik yang bukan warganegara Malaysia berstatus kontrak boleh memohon?
Ya, syaratnya mestilah mempunyai ahli penyelidik bersama yang berjawatan tetap. Geran yang boleh dimohon adalah geran KPM FRGS dan PRGS, Geran Universiti dan Kajian Kes (IMBRe).
Unit Inovasi
Soalan 1 : Apakah ‘patent’ dan cara untuk mendapatkan ‘patent’?
Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara yang baru bagu membuat sesuatu ataupun untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah. Paten dilindungi Akta Paten 1983 dan perlindungan paten adalah untuk 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan. Syarat-syarat mendapatkan paten :
- Baru
- Melibatkan langkah merekacipta
- Boleh digunakan dalam mana-mana industri
Soalan 2 : Apakah cap dagangan (trade mark) ?
Cap dagangan (trade mark) adalah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seseorang peniaga dengan peniaga-peniaga. Boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Setiap pendaftaran adalah sah untuk sepuluh tahun dari tahun permohonan dan pembaharuan dibuat setiap 10 tahun.
Soalan 3 : Apakah hakcipta (copyright)?
Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik karya berhakcipta dan tempoh perlindungan bergantung kepada jenis karya tersebut, sama ada sepanjang hayat pemilik ditambah 50 tahun selepas kematian atau 50 tahun selepas karya dibuat atau diterbitkan. Perlindungan adalah secara automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Hakcipta 1987. Karya yang layak mendapat perlindungan adalah karya sastera, seni, rakaman bunyi, terbitan, muzik, filem dan siaran.
Soalan 4: Apakah reka bentuk perindustrian (industrial design)?
Reka bentuk pendustrian merupakan aspek hiasan atau estetik sesuatu barang. Boleh terdiri daripada ciri 3 dimensi seperti bentuk dan tatarajah atau ciri 2 dimensi seperti corak dan hiasan. Rekabentuk perindustrian dilindungi di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan perlindungan maksimum adalah 15 tahun dari tarikh pemfailan.
Unit Penerbitan
Soalan 1 : Apa itu Skim Insentif Penerbitan Artikel Jurnal, Buku dan Bab dalam buku (SIP)?
Satu skim galakan dan ganjaran kepada ahli akademik UUM yang telah menulis dan menerbitkan artikel jurnal, buku atau bab dalam buku mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Soalan 2 : Apa itu Skim Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal (SPYPJ)?
Skim pembiayaan yuran penerbitan artikel jurnal berindeks ISI/ SCOPUS yang berkonsepkan bayar dahulu, tuntut kemudian mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Soalan 3 : Senarai jurnal yang telah disenarai hitam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
Boleh dilihat di laman web RIMC bahagian maklumat penerbitan
Soalan 4: Siapa yang bertanggungjawab untuk merekod maklumat penerbitan di dalam Sistem Penerbitan?
Setiap staf akademik adalah bertanggungjawab dalam merekod maklumat penerbitan masing-masing di dalam Sistem Penerbitan.
Soalan 5: Di mana dan bagaimana untuk merekod maklumat penerbitan?
Untuk merekod maklumat penerbitan, sila login di portal masing-masing, kemudian masuk ke menu ACADEMIC dan kemudian isikan maklumat penerbitan di menu PUBLICATION.